21 December 2017

Jemputan ke Shaklee Business Leader National Conference 2018


One word
Alhamdulillah.
antara salah satu kemuncak kejayaan dalam bisnes Shaklee yang dah lebih kurang 6 tahun saya buat.
always fall in love dengan bisnes yang satu nih.

Mekap Natural & Simple Gaya Amatur



Saya tak reti mekap tebal 10 inci. Dan tak gemar sangat nak mekap tebal-tebal ni. Rimas.
.
Untuk hari-hari biasa, outing atau pergi office, saya suka mekap nipis dan natural.
.
Ada yang tanya saya pasal mekap natural/nude yang saya selalu apply kat muka. Alang-alang ada orang tanya, so saya share je la ek.
8 November 2017

Happy 6th Birthday Nur Hadfina Auni

Happy 6th Birthday Nur Hadfina Auni

Alhamdulillah, dapat jugak celebrate befday Kakak Onnee. Mama tak mampu nak sediakan majlis befday untuk kakak Onnee tahun nih macam tahun- tahun sebelum ni.
11 October 2017

Worksyop Fotofon 2.0 For Business Bersama Cikgu Fotofon Malaya, Puan Hanie Spalie di Bandar Seri Putra, Bangi


kredit gambar Cikgu Hanie Spalie

Ahad lepas, aku join kelas fotofon dengan Ratu Fotofon Malaya, Puan Hanie Spalie. Actually aku tak pernah kenal cikgu nih. Masa tu, upline aku ajak join. Teringin lah jugak kan sebab aku pernah terlepas peluang nak join kelas camni dulu. So taknak terlepas peluang lagi, aku join jugak. Tu pun atas pertolongan upline aku, aku dapat join kelas nih. Terima kasih banyak-banyak tau.
4 August 2017

Cara Bayar Bil Melalui maybank2u



Tetiba aku up cara nak bayar bil guna Maybank2u. Alkisahnya penyewa rumah aku tu tak tahu camna cara nak bayar bil air Perbadanan Bekalan Air P.Pinang (PBA). Tak pernah buat katanya. jadi, aku screenshot satu persatu dan edit bahekk punya untuk mudahkan dia paham.
3 August 2017

Persediaan Barang Sekolah Untuk Anak Masuk Tahun 1

Sumber gambar : pakcik google
Aku tak pernah terfikir nak buat persediaan awal untuk Auni masuk darjah 1, tahun depan. Maksudnya dari segi persediaan kelengkapan sekolah. Tapi aku dah siap mohon secara online dan dah dapat sekolah pun.

16 July 2017

Teknik Paling Mudah Cuci Rel Sliding Door



Sebelum ni dengar orang guna baking soda/bicarbonate soda sebagai bahan pencuci untuk spring cleaning seluruh rumah.
14 July 2017

Nak Satay Sedap, Jom Buat Sendiri Dengan Resipi Mudah Ni



Satay ni antara feveret aku jugak la. Kene pulak dengan kuah kacang yang sedap dan kawww, boleh lupa laki kat sebelah. Hahahaha.
Tapi selalunya merata kedai dan restoran aku terjah cari satay yang sedap. Kalau orang tak reti buat, memang tak sedap. Kering jer dan tak juicy. Haaa gituuuu katanya chef. Eyhhh. Kihkihkih.
12 July 2017

Prelove Paperdorable Planner 2017


dah tengah tahun, baru nak merasa Planner by Paperdorable nih. memang adorable sangat sama macam nama dia. high quality dah tentu. yang penting, aku dapat harga murah.

harga sebenar planner ni, RM189. sekarang paperdorable buat promosi, hanya RM100. lama jugak ushar website dan IG paperdorable nih. memang berkenan sesangat.

nak beli lagi planner? aku sendiri dah ada 3 buah planner yang aku beli masa awal tahun 2017 hari tu. hihihihi

camna pula boleh terbeli Planner Paperdorable nih?

tu lah orang kata kan, kalau dah aim hari-hari, bagun pagi, tidur malam, asyik tilik website dan IG paperdorable, akhirnya terbeli jugak.

tapi aku beli prelove jer. kebetulan pulak ada sorang adik ni nak jual kat grup facebook Planner Addict Malaysia Marketplace. dia jual RM65 sahaja termasuk postage.

terus aku PM adik tu dan deal. Alhamdulillah, masih available.

hari ni, planner tu dah jadi hak milik aku. "happy sangatt hokey"

kalau dah rezeki kita, InshaAllah akan jadi hak kita. lambat atau cepat, Allah jer yang tahu.
kalau tak dapat tu, redha jer lah sebab yang beri kita rezeki adalah Allah swt. Bukan manusia.

Planner nih sesuai as personal planner. kalau korang nak guna untuk bisnes, korang beli yang saiz lebih besar.

aku ada 2 planner lah sekarang nih, untuk personal planning dan untuk bisnes Shaklee aku.

planner biru untuk bisnes Shaklee
planner lilac tu, untuk personal

Planner bisnes Shaklee aku nih, aku masukkan semua maklumat penting pasal bisnes. Planing untuk tahun 2017, 2018 dan 2019. Aku siap-siap dah buat walaupun belum secara menyeluruh. Apa-apa yang terlintas kat fikiran aku pada bila-bila masa, aku akan terus note dalam planner nih.

Antara info penting yang aku masukkan;

  • target jualan bulanan/tahunan
  • target rank
  • target bonus month by month
  • amalan rohani tracker
  • password tracker - password email, facebook, instagram, blog dan lain-lain
  • senarai harga produk Shaklee - bila customer tanya, terus boleh refer. 
  • daily activities 
  • jadual kelas nutrisi by Shaklee
  • tarikh penting berkenaan event atau program Shaklee 
  • maklumat penting pasal downlines, appointment dengan downlines. 
  • jadual kelas dengan downlines
  • jadual coaching online/offline untuk donwline
  • bila aku nak kene buat FB live, contest, giveaway dan macam-macam lagi. 
#akan update dari semasa ke semasa. almaklumlah, nubis kubis lagi dalam dunia #PlannerAddict hahaha.

InshaAllah, aktiviti kita pun lebih tersusun. yang penting, kene disiplin lah dengan apa yang kita dah rancang. buat sehabis baik. selebihnya, biar Allah yang tentukan.

kita manusia nih, merancang jer. Allah yang tentukan. Betul tak?

Apa pon, aku happy sangat sebab dah dapat planner idaman. hihihihi

P/S ; nak cuba DIY Fabric Planner pulak lepas ni. harap-harap menjadi. hahahahah

adios.

16 June 2017

My 1st Washitape Untuk Planner 2017



Tak tahu lah penyakit apa yang melanda aku sekarang ni.

Tetiba datang giler washitape dan giler kan segala aksesori planner.

Mulanya kisah aku berjinak dengan planner ni dah lama. Cumanya tak tahu pulak planner ni orang design dan deco dia jadi cantik dan kiut.

Bila aku belek instagram dengan hashtag #planneraddict, #plannermalaysia #plannerlove dan serbamaneko hashtag....

Mata aku dah terbuntang.
Ya Allah, cantiknya aksesori planner dan cantik sangat dorang ni yang planner addict deco dorang punya planner.

Aku punya planner memang buruk naw la kan. Hahahahaha.

Nak snap gambar share ngan korang pun malu tak tau nak habaq la.

Tapi untuk 2018, aku dah aim nak beli planner daripada Paperdorable .

Cantikkkk.

Tapi tak tahu lah kot nanti aku berkenan planner lain pulak kan. Hihihihi

Ada tak rakan blogger aku ni yang jual planner?

Handmade planner ke?

Boleh la tinggalkan jejak blog korang kat komen entry ni.
Nanti aku singgah blog korang.

Terima kasih daun keladi.
7 June 2017

Pesanan Dr Hamid Arshat Kepada Wanita & Pesakit-Pesakit Beliau - Jaga Kesihatan Sebelum..

sumber gambar : pakcik google
Ada orang kondem suplemen dan segala alternatif yang ada untuk mencegah penyakit. Katanya boleh merosakkan buah pinggang.

Memang ada, tak dinafikan banyak kes macam ni.
Biasanya kita disarankan minum 8 gelas air sehari kan, tapi bila ambik suplemen, kita kene minum lebih banyak air kosong, lebih kurang 2 liter - 3 liter setiap hari.

Formulanya, setiap 25kg berat badan kita = 1 liter air.

kalau berat badan korang 55kg, means korang kene minum 2 liter air atau lebih.

Berkenaan kesihatan, apa kata kita ambil nasihat daripada mereka yang pakar dan yang paling penting, berpengalaman.

Fikir dan cuba baca banyak artikel berkenaan kesihatan dan suplemen sebelum menjatuhkan hukum suplemen itu tidak bagus.

Yang tak bagus bila ambik suplemen yang tak berkualiti. Yang dibeli di pasar malam, tepi jalan dan sebagainya. Dan ambik dengan dos berlebihan dengan alasan nak cepat kesan. 

Nak cantik cepat.
Nak kurus cepat.

tak ada bende yang short cut taw. 
Jalan short cut je ada. hihihihi

dan satu lagi, pastikan suplemen yang kita nak ambik tu ada kelulusan KKM, HALAL, semulajadi dan selamat diamalkan walaupun untuk jangkamasa panjang. Contohnya suplemen jenama Shaklee yang diyakini semulajadi, selamat dan berkesan.

Ini pesanan Dr Hamid Arshat di facebook page beliau pada 16 mac 2017 yang lalu, yang boleh dijadikan panduan untuk kita sebagai wanita.

24 Nasihat & Pesanan Dr Hamid Arshat


1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

1 June 2017

Laksa Penang Mek Kelate style


Laksa Penang style Mek Kelate

laksa Penang yang pekat likat sedap terangkat nih, memang ada banyak jual kat bazar, kat kedai. tapi hasil air tangan sendiri jugak yang extra dabel sodapp.
Selalu makan nasi waktu berbuka, kadang-kadang boring jugak kan.
Sesekali pekena laksa penang, terangkatttt sampai ke bulan.

Menu pengikat kasih sayang suami isteri. Auuuwww

Sambil-sambil taip status ni pun, meleleh ayaq liuq. Duk terasa lagi kuah laksa yang pekat likat, masam sesedap rasa tu lalu kat tekak nih.
Kalau korang takdak idea lagi nak masak untuk berbuka puasa hari ni, boleh lah try buat laksa penang simple nih versi mek Kelate. Hehehe.
31 May 2017

Resipi Bubur Lambuk Terengganu

Bubur Lambuk Terengganu
Bulan puasa ni, bubur lambuk menu femes. Tapi bubur lambuk Terengganu jugak yang kena ngan tekak Ciktah. Dia punya rasa tu, sedap sangat dengan rasa manis ikan selayang, pucuk miding (pucuk paku merah) dan tambah budu pulak kan.

Sedappppp oiii.

Tapi yang mak Ciktah buat, lagi sedap. Air tangan mak lah katakan.
Masak satu periuk besar, habis licin untuk kitorang 8 beradik. Berbuka dan sahur taram makan bubur lambuk jer. Ngam-ngam.

Masa berbuka dah balun 2,3 mangkuk. Lepas terawih, balun lagi 2 mangkuk.

Korang try la buat. Resipi ni Ciktah kongsi resipi daripada mak Ciktah sendiri. walaupun mak orang Kelantan, tapi dia teror masak masakan Terengganu. Dah suaminya asal Terengganu kan. hihihi.

Masuk jer Ramadan, bubur lambuk Terengganu nih antara menu mesti ada. Tu yang tetiba teringin sesangat. Terus call mak kat kampung mintak resipi. 
Padan muka.
Zaman memuda dulu tak nak belajar masak ngan mak. Sekarang terkial-kial. 

Korang nak cuba rasa tak? Senang jer kalau nak masak sendiri. Nah Ciktah kongsi resipi.




BAHAN-BAHAN;

10 ekor ikan selayang (dibakar)
2 ulas bawang merah besar / 8 ulas bawang merah kecik
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 cawan beras
1@2 ikat pucuk miding (pucuk paku merah)
1/2 kotak santan (guna santan fresh tu lagi sedap)
Budu
Kerisik kelapa (ni ciktah tak buh sebab takdak..hihi)
Air secukupnya.

CARA-CARA BUAT;

1. Blend bawang merah + bawang putih + lada hitam.
2. Bakar ikan selayang. Dah siap bakar, asingkan isi dan tulang. Isi ikan tu racik kecik-kecik. Ada orang blend ikan tu. Tapi tak sedap sangat la kot rasanya.
3. Sementara tu, masak bubur nasi macam biasa. Bila dah agak2 nasi tu kembang, boleh masukkan bahan2 yang dah di blend tadi. Kacau2.
4. Pucuk miding tu, ambik daun2 dia ja. Batang tu buang dalam tong sampah. Hihi
5. Masukkan ikan tadi sikit sikit sambil kacau.
6. Lepas tu masukkan santan, sayur.

Kene kacau kacau lepas masukkan santan. Kang berketul-ketul pulok.

Jangan lupa buh garam dan gula secukup rasa. Boleh masukkan budu sesedap rasa. Seeloknya budu yang warna hitam tu.
Kalau budu merah, jadi lah bubur lambuk merah. Hahaha

Ciktah tak letak ajinamoto. Kalau korang nak bubuh, boleh jer.

Nak sedap lagi, taruk daun kadok. Tapi duk Putrajaya nih, mana lah nak cari daun kadok. Kat pasar malam pon tak ada. Huhuhu

Korang cubalah sendiri nah. Cuba try sedap ke idok.

Orang-orang Terengganu, konpem teror masak bubur lambuk. 

sebelum makan bubur lambuk yang bersantan nih, jangan lupa telan Phytocol ST untuk prevent daripada kolesterol jahat.

Kita lawan dia, waaachhaaaaa !

4 May 2017

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di PWTC


Rombongan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.
Kalau nak pergi sendiri dengan anak-anak, aku rasa memang tak pergi ke sudah lah.
dengan anak-anak yang kecik lagi, bukannya boleh lepak lelama kat pesta buku nih. 
kebetulan opis aku ada buat rombongan mak jemah ke pesta buku, aku join lah sekali.
peluang depan mata,...hihihi



seronok pulak naik bas..hahahah
bila mak-mak terlebeh eksaited kan... (^__^)

dari opis aku ke PWTC ni dekat jer, naik bus, 10-15 minit dah sampai dah.
ramai pengunjung.
tapi aku terlupa la pulak nak ambik gambar suasana dalam PWTC tu..adeihhh.

tak per lah, yang penting aku nak bagitahu, korang ajak orang kampung datang pesta buku reramai.
murah-murah semua buku. kalau kita beli kat kedai, harga memang jauh beza.

bagi pembayar cukai macam aku, belian buku boleh dapat pengecualian cukai sebanyak RM1000 setahun. So, simpan resit semua buku yang dah beli tu. next year boleh guna. 

Aku tak beli banyak buku pun. Ada beberapa buah buku untuk anak-anak jer.
Buku-buku yang aku memang dah lama cari, kisah-kisah Rasul yang boleh aku ceritakan pada anak-anak-anak supaya dia kenal siapa Nabi kita. InshaAllah

kalau frozen, sofia the first, hat tu depa memang teror. hahahaadoii



20 Sirah Hidup Rasulullah SAW tu harganya RM20 daripada harga sebenar RM29.90
buku 25 Rasul Pembawa Rahmat tu pulak, RM25.00 jer daripada harga sebenar RM37.90



panduan solat ni, sebelum ni aku dah pernah beli...tapi tak tahu hilang entah kemana dah.
kali ni, beli lagi..harap-harap dah tak hilang.
lagipun Auni dah 6 tahun, so inshaAllah dia boleh simpan buku-buku dia elok-elok.
Panduan Solat lengkap tu RM 5.00 jer tau. 

Buku Graded Phonics Readers tu RM 20.00. harga sebenar RM 27.90 
Buku ni disertakan CD. Aku dah try buka tadi, bagusnya CD ni sebab anak-aank boleh belajar cara sebutan yang betul tiap patak perkataan english. 
senang lah anti aku nak mengajor bebudak nih.. hihihi



buku yang patut ada untuk koleksi kisah tokoh agama. 
RM 10.00 shj. Harga sebenar, RM23.00


Ni pulak untuk adik bongsu aku kat kampung. Langganan tutorial. RM28.60 setahun untuk UPSR. Walaupun dia baru darjah 5,  sesuai jer untuk dia.

Untuk langganan dorang akan pos terus ke rumah setiap tutorial yang dikeluarkan saban minggu. Tapi dorang akan pos 2x sebulan, setiap 2 minggu.





buku nota cute, RM 5 each. aku beli sebab cute sangatt...hihihi


cer teka apa bende ni??

bukan purse tau..
ni Al-Quran .
cun giler cover dia..
bawak kemana-mana pun orang tak perasan itu al-Quran sebenarnya.

banyak lagi buku yang dijual kat sana.
macam-macam ada....

Dari sumber, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ni perhimpunan 1,000 penulis dari seluruh Asia Tenggara. Pesta buku ni bermula pada 28 April hingga 7 Mei 2017. 

Sempat lagi nak pergi. Ahad ni last day. 





17 March 2017

Heidaia Beauty Velvet Lip Paint - Lipstick Yang Buatkan Bibir Sensitif Makin Seksi & Menawan


Assalamualaikum, hi!

Aku nak share pasal salah satu produk yang baru ter suka sangatttt!

pasal apa? pasal dia tak ada parabens... sejak makin berusia ni, kulit aku semakin sensitif..kalau dulu, balun pakai mekap tiruan pun, ok lagi...skin menten cun punya tanpa tumbuh sekoq jerawat pun... sekarangggg, jangan harap..walaupun produk tu well known, tapi aku tak boleh pakai (ada beberapa brand jer la, sebab aku bukan jenis giler kosmetik.hihihi)

aku kene pilih2 produk kalau nak beli sekarang ni... termasuk lah foundation, lipstick, eyeliner dan lain-lain. Silap produk, kulit hakak akan bengkak, kemudian menggelupas dan bersisik dannnnn gatal...gatal yang sedapp bila digaru-garuuu, lepas tu pedihhh bila kene air... fuhhhh, tak sanggup dik.

pernah satu ketika dulu, last year la...aku ada pakai 1 foundation nih... bukan 1st time pakai tau. ada 2,3x jugak..sebelum tu ok jer, lama2 tak boleh..bengkak muka dan terus pergi klinik. Faktor umur agaknya..hahahaha....

so sekarang ni, aku kene lebih berhati-hati dalam pemilihan produk kosmetik.. kene pastikan paraben free dan bebas bahan kimia2 yang lain... hakak berpendapat, hakak allergic bahan-bahan kimia dalam kosmetik2 iteww, tapi hakak tak tahu apa bende......

sekarang aku dah ada Heidaia Beauty Velvet Lip Pain. selain produk nya, hakak trust founder lipstik nih.....kawan baik hakak masa study kat UTM dulu..aku sangat2 kenal dia yang sangat memilih dalam produk kosmetik because of her skin sangat allergic... dan pernah dapatkan rawatan daripada pakar. so, bila dia keluarkan lipstik ni, bukan hanya untuk keuntungan semata-mata...tapi untuk didik masyarakat betapa pentingnya penggunaan produk kosmetik yang SELAMAT. tambah pulak lipstik kan, yang kita sapu kat bibir, lepas tu tak lap, tak basuh, masukkan makanan dalam mulut, sekali dengan lipstik tu kita ngap masuk dalam perut... cer bayang kalau lipstik kita tu tinggi bahan-bahan kimia merbahaya?? ohemmmgeeee...

tak dapat bayangkan camna dia boleh effect pada kesihatan..dan paling serammm, boleh sebabkan kanser... huhuhuuu..

ini aku share info daripada facebook Page Heidaia Beauty . korang boleh terus ke page ni kalau nak order hokey.

Kenapa Pilih Heidaia Beauty velvet Lip Paint?


HEIDAIA BEAUTY products are strictly formulated WITHOUT:

PARABENS
ALCOHOL
LEAD/PLUMBUM
CARMINE
MINERAL OIL
LANOLIN
UREA
PHTALATES
ANIMAL DERIVATIVES


And VELVET LIP PAINT IS GUARANTEED:

100% Halal Certified by JAKIM
100% Lab Test passed
100% KKM Approved
100% Safe for Sensitive Lips
100% Cruelty Free
100% Vegan Friendly
100% Pigmented & Smooth Formula
80% Transfer Proof Formula


Why heidaiabeauty velvetlippaint is not 100% transfer proof formula? It is only 80% transfer proof which we purposely made it to ensure our lips are not overdrying and "non- crack" effect to create super comfy on lips. It does leave little stain on cups/straws/glassess but to avoid it just dab a tissue onto your inner lips to remove excess lip paint. If your lips feel dry just apply our sugarscrub or just a light swipe of lipbalm before applying the lip paint. 




Seperti yangaku cerita tadi, founder Heidaia Beauty ni sangat menekankan tentang produk yang selamat..

Some of us cannot tolerate with any of parabens. It can cause itchiness, burning sensations, dryness etc. Check your cosmetic ingredients before purchasing them. HEIDAIA BEAUTY IS FORMULATED WITHOUT PARABENS. We create high performance cosmetic. No CHEAP formula/ingredients here.



 6 warna menarik pilihan ramai.

Toffee Coffee
peanut Butter
Berry Sorbet
Pink Lemonade
Red Apple Pie
Choc Ganache



Boleh juga dapatkan Heidaia Velvet Lip Paint daripada agen2 sah;



Whatsapp 0173782315


 www.wasap.my/60104024612


0123171714
Delivery available sekitar KL, Shah Alam & Bangi. 


Whatsapp 010 2255 284 
Cyberjaya, Dengkil, Putrajaya, KLIA.


Bagi yang nak jadi agen, boleh roger2 Puan Heidaia hokey.
Klik je facebook page Heidaia Beauty.


9 March 2017

Pin Shawl Owl & Mickey Mouse by musecandy



Hi, Assalamualaikum !!

Hari ni aku nak share pasal pin shawl yang cute mute nih...aku beli daripada seller di Instagram iaitu @musecandy. Ini bukan review produk atau iklan berbayar tau ! Sesaje nak berkongsi.

M2M dah jadi customer musecandy nih since 2014 kalau tak silap..masa tu aku borong pin shawl bebanyak untuk jadikan free gift buat customer Shaklee aku.

design yang sangat menarik dan cute ....
harga yang berpatutan.....
membuatkan aku excited nak beli dan selalu jugak ushar IG musecandy nih...

Semua orang especially pompuan termasuklah aku, memang suka dan tertarik pada something yang comel dan cute kan..dan mendorong kita untuk membeli walaupun kadang benda tu tak perlu, tapi sebab cute sangattt, maka terbeli lah pin shawl owl dan mickey mouse ni haa....

hajat hati, nak beli 1 je pin shawl owl tu...

bila tahu harga 1 pin RM 5jer, terbuntang mata ..... MURAH !!!

terus order 6 pcs...hahahahaha

3 pcs Owl
3 pcs Mickey Mouse

terima parcel semalam, tak sabar nak buka ...
si Onnee pun excited duk ingat mama belikan untuk dia...
risau jugak nak beri dia guna pin ni sebab dia kecik lagi dan mungkin akan tercucuk.... 
alasan sangatt kan..nak bolot sorang la tu..hikhikhik

korang yang teringin nak order, boleh lah ke IG musecandy

www.instagram/com/musecandy

cuci mata pon boleh..
hobi M2M di masa tak berapa nak lapang, tapi sempat ushar IG musecandy...hahahha



cantik takkk???
pin owl tuuuu laaa....hahahahha

cute hokey...
terasa dunia remaja aku kini kembali semula....koh koh koh....

28 February 2017

Pengalaman Menginap di ROSA MALACCA, Melaka

Premier King Room

tak sabar nak cerita pasal Rosa Malacca ni...
sedikit review daripada saya yang berpeluang stay 1 malam kat Rosa Malacca ni tempoh hari...
penginapan saya di sini hadiah dan sponsored by cucu Shaklee saya, Pn Sapinah Muhammad, yang juga owner DAS ABDUL GLOBAL, pembekal bantal hotel DAG di Malaysia.

DAY 1 @ROSA MALACCA 


Alhamdulillah, rezeki orang nak bagi, satu kapal cruise kita tadah...hihihi

Oleh sebab 25-26 Februari 2017 je saya free, so terus pergi je la...minggu ni dah tak boleh sebab ada kelas dengan Cikgu June Mohd Som di Bangi Gateway. Dua minggu lepas lagi dah block date 4 Mac 2017 untuk join kelas nih... 
#semangat berkobar-kobar nak attend kelas Cikgu June#

sebelum terjah ke Rosa Malacca hotel ni, saya dah dapat sedikit gambaran daripada internet dan juga kawan yang pernah pergi ke sini. 
Macam best...

Bila sampai, ternyata memang best dan saya sangat suka dengan dekorasi hotel ni.
Tengok lah bilik yang saya dan keluarga menginap. Best sangat-sangat!

setibanya saya kat sana, tengah cari parking tu, bell boy dah standby untuk sambut guest yang datang dan bawa kami ke tingkat 1 untuk terus ke kaunter reception.

ini ruang depan, tapi bukan kaunter reception

saat kakiku melangkah ke ruang lobi hotel,
one word yang keluar ~ AMAZING !

kemudian bell boy yang peramah dan mesra alam itu terus bawa kami ke tingkat 1 untuk check in.


wall depan lif dah ada tanda arah
Floor 7 sepatutnya ruangan gym, tapi sayang seribu kali sayang
~ belum dibuka daaa..~
ingatkan boleh la build muscle sikit..hihihi


reception counter...
cantik kan..
suka sangat-sangat dekorasi dia..

souvenier dari Rosa Malacca

daripada info yang saya dapat dari staff di situ, hotel ni baru je buka pada Tahun baru Cina tempoh hari, iatu akhir bulan Januari 2017..

patut lah hotel nya sangat bersih..best kan dapat datang hotel baru, semua pon masih baru...
yang penting, toilet dan bilik air nya baru dan bersih... hihihi

setel check in, dah dapat kunci bilik, tak tunggu lama, terus naik ke tingkat 2.

bilik saya dan family - 201
betul2 depan pintu keluar ke lif..senang crita, depan lif lahh... muahahaha

jom masuk bilik


wowwww!!

baru sampai
wefie dulu


cakap ngan husband, rumah kita nanti kita deco konsep camni nak?
hahahaha, 10 hotel ko masuk, 10 kali ubah tema...
pitamsss


bantal hotel yang selesa..letak2 kepala, tenggelam teruss.. hahaha



ni depan katil, standard la kan mana-mana hotel mesti letak tv depan2 katil..hihi





berkonsepkan open wardrobe 
nice gitew !

 complete iron dan iron board sekali,....korang dah tak perlu bawak iron sendiri atau call reception semata-mata nak mintak pinjam iron.... 


korang ada bawak seketol emas, boleh simpan dalam peti besi ni...hahaha

toilet time !!
yeahhh suka..sebab BERSIH. 





pensil dan kertas dia hadap dulu, 
purak2 tulis ABC..hahahah


bila mak2 selfie... hahaha






jom keluar dinner, masing-masing dah lapar
sempat breakfast jer tadi..
oleh sebab tak dapat-dapat lagi asam pedas melaka yang sedap tempoh hari masa kursus kat CREaTE, 
kali ni mesti dapatkan jugak..
cerita pasal kedai asam pedas yang kami terjah ni, cerita kat next entry la ek....

dah selesai makan, terus balik hotel...

depan hotel, parking area
keaadaan Rosa Malacca waktu malam...meriah dengan siraman lampu 

pintu masuk hotel waktu malam
cantik kan
saya suka view ni...
1st impression pon dah buat kita excited..



view dari lobi sebelum ke lif

sebelum rest, jom wefie dulu ye anak-anak!! 
eyh, Humayraa buat apa tu.pantang betul jumpa peti besi....
haihh ini budak haaa




DAY 2 @ROSA MALACCA



 saya snap gambar restoran ni dari reception counter....
amazing !


ni ruang makan kat luar, tapi still dalam building..cuma open air jer... 
seronok gak lepak2 sini....

untuk pengetahuan korang, breakfast kat Rosa Malacca ni adalah semi buffet... ada 2 pilihan, local breakfast iaitu nasi lemak atau english style --- macam dalam gambar kat bawah nih...

dan untuk beverage, ada jus buah dan kopi. yang lain, tak pasti pulak apa lagi yang ada sebab saya tak sempat nak explore habis... hihi

dan brekafast ni untuk 2 orang sahaja. kalau nak tambah makanan untuk anak2, kene bayar RM15 untuk kid set, English style.

ni 1st time saya jumpa semi buffet camni kat hotel. kebiasaannya, makan jer apa yang nak kita makan. so, untuk kids, below 3yo tak perlu extra caj dah kan. tapi kat sini, kene lah bayar jika anak nak tambah makanan. yang satu part ni la tak berapa nak syiok sebab makan terhad...hihihi (nafsu naga)...




1 mangkuk dessert - termasuk pakej siap 







bersama-sama cicit Shaklee , bergambar kenangan dulu sebelum balik ke sarang masing-masing...

[BUKAN IKLAN]

Sedikit info bilik yang kami menginap. Info ni adalah daripada booking.com. Korang boleh terus  ke web booking.com jika nak tahu harga yang lebih tepat. saya tak tahu harga sebenar, sebab orang belanja kan... tapi anggaran dalam RM300- RM380 untuk 2 hari 1 malam.

Premier King Room
Bed: 1 extra-large double bed
Keluasan bilik : 40 m² Flat-screen TV Air Conditioning Soundproofing Private bathroom Free WiFi
• TV • Telephone • Satellite Channels • Flat-screen TV • Safety Deposit Box • Air Conditioning • Iron • Ironing Facilities • Interconnected room(s) available • Soundproofing • Hardwood/Parquet floors • Wardrobe/Closet • Clothes rack • Shower • Free toiletries • Toilet • Bathroom • Slippers • Bidet • Toilet paper • Wake-up service • Towels • Linen • Garden / City view
Source : www.booking.com

  ROSA MALACCA

Address: 212, Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia
Phone: +60 6-281 9888