Worksyop Fotofon 2.0 For Business Bersama Cikgu Fotofon Malaya, Puan Hanie Spalie di Bandar Seri Putra, Bangi

by - 15:15


kredit gambar Cikgu Hanie Spalie

Ahad lepas, aku join kelas fotofon dengan Ratu Fotofon Malaya, Puan Hanie Spalie. Actually aku tak pernah kenal cikgu nih. Masa tu, upline aku ajak join. Teringin lah jugak kan sebab aku pernah terlepas peluang nak join kelas camni dulu. So taknak terlepas peluang lagi, aku join jugak. Tu pun atas pertolongan upline aku, aku dapat join kelas nih. Terima kasih banyak-banyak tau.

Cuba korang cari aku dalam gambar kat atas tu.
.
.
.
.
Yer, aku tak der kan? Huwaarrrrr. *nangiss*
Masa ni beberapa minit je selepas aku balik. Terpaksa balik awal sikit daripada kawan-kawan yang lain sebab Mr Ady ada keje lain nak berkejar ke KLIA. Ada appointment terkejut tergempar. Apgi tu, dia yang hantar aku ke kelas. So, nak tak nak, kene lah balik awal sikit. Tapi tak per. As long as, aku dapat belajar full hari tu. Alhamdulillah!



Walaupun aku terrrr lambat masuk kelas dalam 1/2 jam, tapi tak ketinggalan belajar sebab belum start lagi. hahahaha.
banyak jugak ilmu baru yang aku belajar dengan Cikgu Hanie Spalie. Tenkiu Cikgu.



dah habis kelas, sekarang fasa untuk prektis dan asah mata supaya aku teror snap gambar hanya menggunakan smartphone. Yang paling penting, aku boleh share dengan korang foto-foto yang cantik jer kat blog aku nih nanti. hihihihihi. *InshaAllah*

Cikgu Hanie Spalie berkongsi ilmu paling basic yang semua orang patut tahu dalam seni fotografi. Teknik ROT. Rules of third.

Mula-mula, pastikan tukar setting kat camera handphone. Pilih >> gridlines > 3x3. Ni untuk android ye.  Iphone pulak, pilih gridlines, automatik akan keluar garis seperti gambar di bawah.

kredit gambar nih kat kawan aku yang share dalam grup whatsapp. tak sure dia ambik kat mana. hehehehehe


Titik putih tu adalah titik ROT. Petak luar, kecuali petak tengah tu adalah ruang ROT. Letak subjek yang korang nak snap tu kat titik ROT dan area petak ROT tu.

Cuba korang perhatikan botol kat gambar atas tu. Betul-betul kat titik ROT kan. Ruang sebelah tu, boleh lah letak caption apa-apa yang korang nak. Biasanya gambar yang kita tengok kan camtu. Cikgu Hanie kata, kalau korang perasan, bila tengok iklan TV atau drama, banyak guna teknik ROT.

Betul!

Bila aku dah tahu pasal ROT nih, setiap iklan tv atau drama atau movie yang aku tengok, aku boleh nampak dorang guna teknik nih.

Actually ada banyakkkk lagi teknik lain. Tapi Cikgu Hanie suruh mahirkan yang paling basic nih dulu. (^__^)

gambar ni pon sama. kawan aku share kat grup whatsapp. tenkiu kat owner asal gambar ni. (^__^)

Gambar-gambar kat bawah nih adalah tugasan yang aku and the geng buat masa kelas hari tuh. Inilah hasilnya. Untuk edit gambar supaya lebih cantik, dan hidup, gunakan app Snapseed. Korang boleh install kat handphone korang. Free jer. Download kat Google Play Store.


ini pembelajaran kitorang yang pertama.
fotofon biskut.

biskut nih pun atas ihsan Mija. hahahha.
Aku tak sempat nak gi beli biskut ke apa. Bawak bahan-bahan yang memang dah ada kat rumah jer.

Last minute kan. Gitu lah.

sambil makan, sambil snap. Cikgu hanie suruh kitorang buat snap flatlay biskut ni, dan make sure gigit dulu. Bukan patahkan.
kalau melekat bentuk gigi tu lagi bagus.
Bentuk gigi tau, bukan tahik gigi.
Muntah hijo kalau korang buat iklan cookies ada tahik gigi. Hahahaha.

katanya cikgu, bior nampak gambar kita tu hidup. Ada nyawa. Soul. Giteww. !

korang tengok gambar aku kat atas tu, rasa apa?
Ada tak rasa nak beli cookies tu? (Aku bukan penjual cookies. Kalau nak beli Shaklee, boleh oder)

Oh ye, gambar yang dah edit tu, aku edit guna Snapseed.


Untuk pencahayaan, of course cahaya matahari kurniaan Allah swt tu pencahayan terbaik. kalau dapat buat fotofon kat luar rumah, best kan.
tapi macam aku orang bisnes, lagi-lagi bisnes online dari rumah, nak snap gambar, aku boleh jer snap dari dalam rumah dengan bantuan cahaya lampu.
lagi bagus kalau gunakan table lamp.







macam-macam gelagat duk ada. demi ilmu fotofon.



komen Cikgu Hanie : subjek adalah sandwich, tapi lebih menonjol dalam gambar ini adalah epal dan pisang. kalau tak letak epal dan pisang, lagi molek.

background : kertas putih saiz A3
papan pemotong kayu




background hitam ni, guna sugar paper. 
papan pemotong
senduk kayu  - boleh beli kat DAISO. murah jer. 


You May Also Like

0 comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa