25 January 2018

Cuti Bersalin Kakitangan Awam Bertambah Lagi 60 Hari Bermula 1 Januari 2018


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah je tahu. 
Tahun 2018 nih Allah bagi rezeki melimpah ruah.
Elok jer timing pregnant anak ke-3, kerajaan bagi keistimewaan balik awal sejam kat preggy mom. Usia kandungan masuk 5 bulan, dah boleh apply. 

Tapi ada kawan saya cakap, tak semua jabatan boleh dapat. Apa pun bergantung kepada Ketua Jabatan samada nak luluskan atau tidak dan juga bergantung kepada kepentingan jawatan seseorang tu. Kalau jawatan penting kat jabatan, mungkin payah la nak dapat. 
Macam cikgu, dengar katanya tak dapat balik awal sejam. Balik macam biasa jugak.
Betul jugak kan. Kalau cikgu balik awal sejam, camna pulak dengan anak murid?

Bulan Januari 2018, saya dah boleh balik awal sejam sampai lah last day saya kerja sebelum start cuti bersalin nanti. 

Ada lagi berita baik, bila kerajaan tambah lagi 60 hari cuti bersalin bergaji penuh.
Sebelum ni 300 hari, sekarang dah jadi 360 hari bergaji penuh. Sujud syukur.

Korang yang baru kahwin tu, boleh lah siap-siap plan nak berapa orang anak. 

360 hari cuti bersalin bergaji penuh.

- kalau korang plan nak anak ramai, ambil 60 hari cuti bersalin untuk setiap kelahiran anak. So, boleh la beranak sampai 6 orang.

- kalau korang plan nak rest lama masa berpantang, ambil 90 hari setiap kelahiran anak, so korang boleh beranak seramai 4 orang anak.

- tapi berapa lama kita nak cuti bersalin tu, terpulang pada kita jugak. let say anak pertama, nak 90 hari. Anak ke-2, ambil 60 hari jer. Boleh jugak. pandai-pandailah korang tekan kalkulator ye.

Tapi saya tak pernah plan pun nak berapa orang anak bagi ngam-ngam dengan cuti bersalin. Yang saya tahu, saya nak gunakan sepenuhnya cuti bersalin yang kerajaan dah bagi. Berpantang anak sulung dan anak ke-2 pun saya ambil 90 hari cuti bersalin setiap anak. Total 180 hari, dan saya ada lagi balance 120 hari. Untuk anak ke-3 ni pun saya dah plan nak ambil 90 hari cuti bersalin. Jadi, bila ditolak tambah, ada lagi balance 30 hari cuti bersalin. Kalau lah tetiba ada lagi rezeki dapat anak ke-4, kena lah ambik cuti bersalin tanpa gaji untuk cover balik cuti bersalin yang dah tinggal 30 hari tadi tu. 

30 hari bergaji
60 hari tak bergaji

tetiba, kerajaan umum tambah lagi 60 hari cuti bersalin. ko ghase??? hahahaha
happy kot. At least kalau bertambah lagi sorang anak, bolehlah gunakan semua cuti tu, 60 hari + 30 hari baki sebelum ni. 

Allahuakbar. Rezeki la jugak ni kan. Rezeki Allah tu kan dalam macam-macam bentuk. Pemurah betul Allah swt. Terima kasih ya Allah. 


Antara isi penting pekeliling ini ialah;

  • Bagi menjaga kebajikan penjawat awam wanita, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
  • kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai; 
  • tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari1 bagi setiap kelahiran; dan 
  • Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
  • Tempoh Cuti Bersalin adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti penggal. Namun begitu, pengiraan Cuti Rehat dalam tempoh Cuti Bersalin adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 
  • Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. 
  • Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018. 
2 comments on "Cuti Bersalin Kakitangan Awam Bertambah Lagi 60 Hari Bermula 1 Januari 2018"

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa