Ibu Hamil 5 Bulan Ke Atas, Boleh Balik Kerja Awal 1 Jam

by - 13:07


Selain di beri extra Cuti Bersalin 60 Hari, ibu hamil juga diberi kemudahan balik kerja awal sejam dari waktu bekerja biasa. Kemudahan ini untuk kakitangan awam dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2018 dan layak untuk ibu hamil 5 bulan ke atas atau sesudah masuk 22 minggu usia kandungan.

Timing cantik. Masuk je bulan Januari 2018, aku dah masuk 6 bulan pregnan. So, terus la dapat balik awal sejam. Rezeki.
Terima kasih kat bos aku sebab bagi kelulusan balik awal ni. Tak semua bos nak bagi kelepasan macam ni tau. dalam pekeliling pun dah tulis, tertakluk kepada kelulusan ketua jabatan.
Syukur Ya Allah.

Korang boleh rujuk pekeliling berkenaan kat PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017 PELAKSANAAN KEBENARAN PULANG AWAL SATU JAM KEPADA PEGAWAI WANITA MENGANDUNG

Waktu balik awal sejam ni jugak diberi kepada suami yang bekerja berdekatan dengan isteri, yang mana datang dan balik kerja sama-sama. Maksudnya , "Suami dan isteri bekerja dalam satu bangunan atau satu kompleks atau kawasan; yang mana suami dan isteri tersebut menaiki kenderaan yang sama sepenuh/ sebahagiannya untuk pulang dari tempat kerja"

Antara isi penting dalam pekeliling adalah seperti berikut;

  • kemudahan ini diperuntukkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan kontrak (contract of service); 
  • kemudahan ini akan tamat sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau pada tarikh mulanya Cuti Bersalin, mengikut mana yang terdahulu;
  • penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan permohonan pegawai dan kelulusan Ketua Jabatan. 
  • Borang permohonan diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan. 
  • Borang perlu dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat. 
  • pegawai yang memilih untuk menggunakan kemudahan ini tidak dibenarkan menuntut bayaran lebih masa bagi tujuan menyelesaikan tugasan hakiki yang tertunggak kerana pulang lebih awal.
  • Borang ini diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan.
  • Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018. 
Syarat-syarat untuk suami pulak;
  • pegawai lelaki berkenaan pulang bersama-sama isterinya yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang mengandung lima bulan dan ke atas
  • isteri pegawai telah diberi kelulusan oleh Ketua Jabatan untuk menggunakan kemudahan ini dan pegawai hendaklah melengkapkan borang permohonan
Dokumen yang diperlukan semasa buat permohonan ni;

  • isi borang yang dah disediakan, boleh ambik kat SINI 
  • print 2 set borang, 1 set untuk isteri dan 1 set untuk suami
  • salinan muka depan Buku Pink (Buku Rekod Kehamilan) yang ada dinyatakan jangkaan tarikh bersalin.
  • untuk suami, isi borang yang sama dan sertakan salinan borang permohonan isteri yang sudah mendapat kelulusan Ketua Jabatan
Untuk ibu-ibu hamil yang seangkatan dengan aku, aku doakan semoga dipermudahkan urusan kita semua. 

p/s : Happy nya dapat balik awal. yeehaaa !

You May Also Like

7 comments

  1. hi, datang dari group facebook! :) Semoga akak dan baby sihat-sihat sahaja dan baby selamat dilahirkan nanti.. in shaa Allah.. 😊

    Jemput singgah kak^^
    www.sharifahaidahana.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, terima kasih Aida Hana atas doa dan sudi singgah blog akak.

      Nanti akak singgah blog Aida Hana. (^_^)

      Delete
  2. Hi,nak tanya, macam mana nak tau kalau borang di atas dah diluluskan oleh ketua jabatan?akan dapat kembali borang tersebut atau akan dimaklumkan oleh pejabat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh follow up dengan PA bos/kerani. Yang saya ni PA tolong uruskan.

      Delete
  3. Hi.nak tanya, bila dah diluluskan oleh ketua jabatan, borang tersebut akan dikembalikan untuk makluman ataupun akan dimaklumkan oleh pejabat?

    ReplyDelete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa