Photoshoot Untuk Projek #DoozyBeauty

by - 12:26


Ada sesetengah wanita, awal remaja dah sedar tentang menjaga penampilan samada dari segi kecantikan kulit atau pun pemakaian.

Untung lah kan sebab muda-muda lagi dah ada kesedaran macam tu. 


Macam saya pulak, bila dah masuk umur 30-an ni lah baru teringin dan terasa nak jaga kecantikan kulit. Masa ni mula dah nampak wrinkles, kulit kering, allergic dan warna kulit pun dah tak sekata.

So, untuk tahun ni, saya mula melibatkan diri dengan projek terbaru iaitu projek #DoozyBeauty. Kalau korang nak join saya, jom lah. Nanti kita boleh berkongsi petua & tips kecantikan sesama. 

Untuk permulaan projek ni, team kami bermula dengan sesi photoshoot. Perasan tak warna tema projek kitorang?

Yes, ULTRA VIOLET.

Warna yang dipilih oleh Pantone Color Institute. Jadi 7 Disember 2017, pakar daripada Pantone dah pilih color ‘Ultra Violet’ ni jadi warna tema 2018.

Kalau tahun 2017 warna Greenery, Color of the Year untuk tahun 2018 ‘Ultra Violet’. Kata Pantone warna 2018 ni warna yang Dramatik, Provokatif dan Bijaksana.




Picture: Pantone Color Institute

Tema baju raya tahun ni, boleh lah pilih warna Ultra Violet. Tapi bila saya cadangkan pada tuan husband, dia cakap kan dah pernah pakai waran ungu sebelum ni. Kita cari color lain pulak. LOL

Taat dan patuh kan, so kita follow jer lah tuan husband punya idea.

Aidilfitri tahun ni, apa warna tema korang? (^__^)


You May Also Like

1 comments

  1. Lawa pula tengok warna ultra violet ini.. Cantik..

    ReplyDelete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa