24 April 2018

Persediaan Barang Keperluan Bayi & Mama Selepas Bersalin Dan Dalam Pantang

Muhamad Hafidh selepas beberapa jam dilahirkan.Alhamdulillah.
15 April 2018
Asyik tertangguh jer nak update blog. Dah sarat, semua benda jadi malas. Otak ni asyik fikir, bila lah nak bersalin ni? Cepat lah sikit baby mama keluar ye. Jangan sedap sangat duk lelama dalam perut tau.
So hari ke-10 berpantang ni, baby pun tido lena, curi masa untuk update blog yang dah lama bersawang.

Walaupun sebelum ni aku dah pernah berkongsi pasal topik yang sama, tapi untuk kelahiran anak ke-3 ni, lain sikit persediaannya.
Persediaan yang super duper jimat dan sediakan barang yang perlu dan akan digunakan sahaja.
Ye lah, dah anak ketiga. So banyak barang baby semasa kakak-kakaknya lahir masih ada lagi dan boleh recycle.

Yang kena beli baru, pakaian baby terutamanya sebab kali ni baby boy. Dan baju kakak-kakak sebelum ni tak banyak yang boleh recycle. Lagipun banyak baju yang dah rosak dan tak boleh guna lagi.

Antara barang-barang keperluan yang PERLU dan guna semula yang sediada;

PLAYPEN & TILAM BABY



Playpen dan tilam baby ni recycle dari Humayraa. Playpen ni perlu untuk keselamatan baby memandangkan kakak-kakaknya pun kecik lagi dan tengah aktif. Berlari, melompat sana sini. Risau jugak kan kalau tak letak dalam playpen. Hati kita pun senang dan tak risau sangat.

KATIL SINGLE UNTUK BERPANTANG



Bila berpantang sendiri di rumah sendiri, katil single untuk digunapakai masa berpantang sanvat lah penting. Pengalaman pertama berpantang, balik kampung. Masa tu tak terfikir langsung nak beli katil ke apa sebab mak aku masa berpantang dulu pun tak ada katil nih semua. (Seingat aku laa.)
Bila sendiri dah merasa kesusahannya berpantang bila tak berkatil tu, aduh. Seksa.
Bukan apa. Bila bersalin dengan berjahit bagai, kita pulak just tidur dan baring dengan tilam yang dibentangkan atas lantai jer, susah la. Nak duduk, nak bangun memang agak susah. Kena hati-hati. Siap kena pegang dinding bila nak bangun. Takut jahitan terbukak punya pasal. Phewww seram beb.

BABY STROLLER

Pengalaman 2 anak sebelum ni, aku memang belikan stroller untuk dorang. Tapi pakai sekejap je sebab bila aku guna baby carrier, lagi senang nak bergerak. Nak shopping pun ko takkan risau tinggalkan anak dalam stroller dan mata melilau window shopping. Cuci mata.

Kalau 'simpan' anak dalam baby carrier dan melekap je dengan kita, lebih secure kot. Nak bergerak ke sana sini, nak shopping, cuci mata, belek barang pun mudah.

Kat shopping mall, banyak eskalator. Lifnya, nun jauh nak kena hadap. Tunggu lif kosong pun berjanggut. Hahaha.

Tapi semuanya terpulang pada orang jugak. Ada yang lebih senang bergerak dengan stroller. Lagi-lagi kalau ada anak lain yang masih kecik dan nak berdukung je, lebih baik guna stroller. Senang hangkut.

So keperluan stroller ni depends pada keperluan kita lah. Tak semua orang sama. Betul tak?

Barang keperluan lain untuk guna semasa berpantang;

MANDIAN HERBA



Mandian herba campuran akar kayu tu agak banyak dan rasanya cukup untuk guna selama berpantang. Sebungkus tu RM45, aku beli kat Lunatots Presint 15, Putrajaya.

Herbal soap TANAMERA tu best jugak. RM18 seketol. Teskturnya yang kasar dan bau herba tu memang selesa bila guna dalam pantang.

Satu lagi tu sabun manjakani SERI MAMA. Harganya RM20. Tapi sabun ni aku belum guna lagi, so tak dapat la nak bagi review. Hihihi.

PAD/MATERNITY PAD



Aku tak guna maternity pad yang bertali tu. Tak selesa. Lebih senang guna pad yang biasa guna jer. Lagipun kuantiti darah nifas ni pun sama jer macam period. Cuma darah nifas lebih lama berbanding period. So guna ajer pad biasa. Jangan lupa beli disposable panties untuk digunakan semasa berpantang especially pada 2 minggu pertama pantang.

SARUNG KAKI & SELIPAR



Stoking mesti pakai dalam pantang kan. Sebenarnya digalakkan pakai stoking yang panjang sampai betis. Tapi ....

Selain tu, selipar. Cari selipar yang tapaknya tak mudah licin tau. Bahaya kalau jatuh semasa berpantang. Boleh jadi kejadian yang tak diingini contohnya tumpah darah, bentan dan sebagainya. Akibatnya sangat teruk. Boleh bawa maut kalau kecederaan sangat serius.

Semoga kita mama-mama ni dilindungi Allah swt selalu.

BARANG BAYI



Antara barang keperluan baby dan breastfeeding.
Silicone collector Autumnz RM30. Yang ni saje beli nak try guna best ke tak. Boleh? Hahaha.

Botol susu MAM. Pengalaman aku untuk anak-anak sebelum ni, teat MAM je yang mudah baby hisap susu dan itu yang anak-anak aku boleh terima.

Breastmilk plastic storage Autumnz yang 5oz. RM 12.90.

Tuam baby yang penting jugak terutama untuk baby boy. Nak kena tuam kat dia punya bebird untuk elak dari terkena angin pasang. Yang ni mak ayah kena alert lah bila dapat anak lelaki.

Minyak telon.

Herbal cream Tropika.

Clipper.

SET BERPANTANG/BERSALIN



Macam sebelum ni, aku tak ambik jamu semasa berpantang tapi gantikan dengan vitamin yang lengkap nutrisi untuk ibu selepas bersalin.

Cukup lengkap termasuk lah vitamin untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin (bersalin czer pun boleh ambik), memberi tenaga semasa dalam pantang, mengelakkan sembelit, membantu menurunkan berat badan dan paling penting membantu banyakkan susu badan.

BREASTPUMP



Sebelum ni aku pernah guna Spectra 3 dan Medela Freestyle. Kali ni aku pilih Lacte Duet pulak. Pening jugak nak pilih breatspump mana yang sesuai.

Ciri-ciri yang aku utamakan dulu sebelum pilih pam ; heavy duty & double pumping.

Aku ushar instagram e-mumshop, tengok review dan sharing daripada mereka yang biasa guna Lacte Duet ni, buatkan aku terus nekad nak pilih Lacte Duet je. Lagipun harga nya mampu milik. Untuk set macam dalam gambar tu, aku beli dengan harga RM469. Cuma cooler beg VCoool tu ajer tak sesuai untuk Lacte Duet sebab beg nya agak kecik. Bahagian bawah boleh letak 1 ice brick dan 6 storage bottle.

Bahagian atas, boleh muat pam, plug dan powerbank. Tapi bila nak sumbat corong pam yang 2 ketul tu dah tak dak space. Jenuh sumbat tak boleh jugak kecuali sumbat kat bahagian bawah. Tapi tak dapat la nak letak sampai 6 storage bottle.

So, korang yang nak atau dah beli Lacte Duet, tapi tengah cari cooler bag, pastikan korang cari cooler bag yang lebih besar.

Walau macamana pun, tak menyesal beli Lacte Duet. Best performance.

Berpantang hari ke-10 ~ 4oz 
Semoga kali ni berjaya jugak breastfeed Muhamad Hafidh sampai umur dia 2 tahun. Amin. 
1 comment on "Persediaan Barang Keperluan Bayi & Mama Selepas Bersalin Dan Dalam Pantang"

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa