Teringin Daging Pekasam, Cuba Daging Pekasam Merecik Yang Dibuat Daripada Daging Fresh

by - 16:10


Assalamualaikum.

Nak tanya ngan korang, siapa tak suka makan daging pekasam? Hahaha.
Tekak dan perut orang Melayu memang suka la pekasam ni. Kalau dulu, aku selalu jumpa ikan pekasam jer. Sekarang ni, semua haiwan nak dibuat pekasam termasuk lah lembu. Hahaha.
Ikan pekasam ni favorite aku. Kalau dapat makan nasi panas-panas dengan ikan pekasam, memang tak payah lauk lain dah.
Pertama kali aku makan ikan pekasam masa jadi orang Kedah sat. Belajar kat POLIMAS masa tu. Tahu tak POLIMAS tu apa? ~ Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Jitra Kedah.
(Ooooooo, budak poli.)

Tahun 2001 ke 2002 kot seingat aku mula-mula berkenalan dengan ikan pekasam ni. Kebetulan aku dan kawan-kawan berjalan menjelajah rumah kawan yang lain. Aku pun lupa dah rumah siapa yang kitorang pergi tu.

Agaknya masa keluar rumah tu aku mula dengan langkah kanan kot, makanya rezeki lah dihidang lunch berlaukkan ikan pekasam. Tengok rupa, aiiiii sedap ke ni. Was-was jugak sebab tak pernah jumpa.

Aku try untuk pertama kali nya dalam hidup aku.
Wowwwwww!
Sedapp gilorrr ikan ni.
Sejak dari hari tu la, apa saje jenis ikan pekasam aku balun.

Sekarang ni aku ada favorite baru selain ikan pekasam iaitu daging pekasam.

Aku memang suka makan daging. Bila ada orang buat daging pekasam ni, tak tertahan nak cuba rasa. Daging pekasam dengan daging jeruk tak sama tau. Resipi dan cara buat pun berbeza.
Daging pekasam ni disalut beras goreng dan garam. Daging jeruk pulak dijeruk dengan asam limau dan garam jer.
Lainnn.
Tak sama.
Tapi dua-dua pon sodapp dimakan ohoii.

Daging Pekasam Merecik

Serius cakap la, daging pekasam ni memang terbaik buat lauk menambahkan berat badan. Tak sedar habis nasi seperiuk. Hihihi.
Kalau korang bercita-cita nak kuruskan badan, jangan berani la nak try pekasam daging ni. Melekatt oii.

Tapi kan, nak cari daging pekasam yang dibuat daripada daging fresh ni susah tau. Kebanyakannya dibuat guna daging frozen. Sebab tu harganya lebih murah.

Kalau korang nak cari daging pekasam yang guna daging fresh, ni haaa dia. Daging Pekasam Merecik Aquada. Apa yang best sangat daging pekasam ni sampai merecik meleleh.

  • Dijamin 100% daging fresh.
  • 100% homemade.
  • Yang pasti HALAL & produk Bumiputera.
  • Tak ada MSG.
  • Tak ada bahan pengawet.
  • Tahan 12 bulan kalau simpan elok elok dalam fridge.

Ramadhan hari tu laku keras. Buat makan sahur. Baru lah selera nak makan nasi.

Harga :

200gram cuma RM17 (tak termasuk kos Pos Laju)
Kos pos ikut berat.

3 paket, 600gram RM8 (SM) / RM10 (Sabah Sarawak)
5 paket, 1000gram RM10 (SM) / RM 12 Sabah/Sarawak)



You May Also Like

2 comments

  1. rasa-rasa macam tak pernah pula lagi cuba daging pekasam
    ikan pekasan tu selalu lah dengar
    okay ada rezeki nanti nak kena cuba nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. dulu2 mana ada orang buat daging pekasam. semua nya ikan pekasam. sekarang ni je macam-macam, tapi memang sedapp laaa.

      Delete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa