Kemeriahan Shaklee National Convention 2018 di Sunway Pyramid Convention Centre

by - 16:46




Event tahunan yang terbesar Shaklee selepas Business Leader National Conference telah diadakan pada 7 Julai 2018 di Sunway Pyramid Convention Centre ~ Shaklee National Conference 2017/2018.

Event ini adalah untuk mengiktiraf dan meraikan kejayaan para pengedar Shaklee di Malaysia. Award yang dianugerahkan adalah berdasarkan kejayaan/prestasi masing-masing pada tahun 2017/2018, April 2017 hingga Mac 2018.


Suasana di dalam hall sebelum event bermula
Kredit gambar dari Facebook Shaklee Malaysia

Aturcara 



Seawal jam 12.00 tengahari, para tetamu sudah boleh mendaftar kehadiran. Tiket dijual kepada sesiapa sahaja yang nak join dengan harga RM30 & korang akan dapat free gift berupa beg yang sangat cantik serta layak join lucky draw. 

Beg yang comel tu boleh lah aku guna untuk bawak skin care YOUTH bila nak buat mobile facial psa nanti. Nak guna bawak jenjalan pon boleh. Boleh letak pampers, napkin,botol susu baby. Boleh jugak letak telekung solat sebab beg ni besar tau. 

Inilah beg tu, cantik tak?






Ini pulak salah satu acara yang semua orang suka ~ Lucky Draw. Tapi aku tak dak rezeki la nak mengena hadiah lucky draw nih. Langkah kiri kot keluar rumah. Hahaha.


Event start tepat jam 2.30 petang. Adibah Noor dijemput sebagai MC untuk majlis petang tu. Terhibur dengan celoteh Adibah Noor yang selamberland . Tak kering gusi dibuatnya. Hahaha.
Memang patut la Shaklee sayang sangat dengan Adibah Noor ni. Kiranya ini kali ke-2 Adibah Noor dijemput untuk mengacarakan majlis Shaklee National Convention.

rasa macam dah gemuk laaa. hurrmm.




Bersama-sama sideline cum bestfrenz forever. [love]


Sesi sharing daripada mereka yang terpilih untuk berkongsi kisah kejayaan masing-masing. Ada dentist yang berhenti kerja untuk teruskan bisnes Shaklee. Semuanya sebab keluarga. Kesibukan dorang bekerja membuatkan masa terbatas untuk spend more together with family. So, itu antara push factor paling kuat menyebabkan dorang memilih untuk jual dan jadi 'duta' produk kecantikan dan kesihatan brand Shaklee.

Dari pemerhatian aku lah, bisnes Shaklee ni banyak di "conquer" oleh golongan profesional. Ada engineer, lawyer, guru, doktor perubatan, doktor gigi dan ramai lagi. Aku je kuli. hahahaha.
So, kesimpulan yang aku boleh buat, golongan ini terlalu sibuk dengan kerja yang memerlukan komitmen yang tinggi. Jadi, bisnes Shaklee ni adalah satu platform terbaik dorang untuk dapatkan semula "masa" yang hilang untuk lebihkan tumpuan kepada keluarga. Dan kenapa dorang boleh berjaya? Push Factor sangat besar. Nak berhenti kerja. Bisnes sendiri dan ada masa untuk anak-anak, mak ayah di kampung dan juga adik-beradik. Masa yang flexible dan dalam masa yang sama ada income yang setara dengan gaji dan ada yang dapat lebih dari gaji sebelum ni.

Mak ayah mana yang tak suka spend masa dengan anak-anak kan? Kalau boleh, nak duduk dengan anak-anak 24-7. Bersukaria. Bergelak ketawa. Pergi bercuti dengan anak-anak. Tapi tuntutan kehidupan memerlukan mak ayah keluar bekerja dan tinggalkan anak-anak dengan pengasuh.

Money freedom
Time freedom

Ini yang semua orang tercari-cari.

Aku pun sama. Semoga dengan bisnes Shaklee ni, aku dapat capai semua impian aku.
Doakan aku eh. (^_^)

You May Also Like

0 comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa