15 July 2018

Orang Kelantan Panggil Manggis Tu Buah Seto



Masa aku mula-mula pindah ke Kelate dari Kuantan Pahang, standard 5 hujung tahun dah waktu tu, memang tak berapa paham loghat Kelate walaupun mak aku asal Kelate.
Kita cakap biasa je. Dialek Pahang la kan.
.
Selepas sebulan, dah boleh senggeng huruf boleh la cakap Kelate. Budak kan cepat pick up. Sebulan je dah bau budu. Hihihi.
.
Tapi tak semua perkataan Kelate tu aku tahu termasuk la manggis.
Dah memang aku panggil manggis kot.
Kaw kaw la kene kutuk ngan kawan.

"Hek eleh, woh seto la. Hilir dioooo. Manggis nanggong.".
.
Aku pun terkebil-kebil bila kawan aku cakap gitu.
.
Salah ke aku sebut. Huhuhu.
Sampai sekarang pun aku panggil manggis.
Bukan woh seto.
.
Banyak lagi perkataan ore Kelate hok aku saloh sebut.
Loghat Kelate memang mengkonpiuskan aku masa tu.
.
Itu lah unik je dialek Kelate. Sekarang pun masih lagi konpius. Dan aku rasa masih banyak perkataan dalam dialek Kelate yang aku tak tahu.
.
Korang orang Kelate pure ko? Meh la share ngan aku apa lagi dialek Kelate hok mungkin generasi muda tak tahu.
2 comments on "Orang Kelantan Panggil Manggis Tu Buah Seto"
  1. ada kwn suami isteri asal perak dan mengajar di Kelantan. tapi bila pencen x nak balik Perak pun sbb kata mrka lebih selesa di sini drp tinggal di Kuala Kangsar. Yg peliknya biar pun dah 30 thn dok Kelate tp masih x reti2 kechek Kelate. Huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha, seronok sangat kot duk Kelate mugo makanan sedap sedap.orang dewasa susah sikit kot nak tukar loghat tu.

      Delete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa