Makan-Makan Di Fiske Steak House Celebrate Anniversary Yang ke-8 & Birthday Mr Ady Yang ke-32

by - 21:00



16 September 2018 - Birthday Mr Ady yang ke-32
17 September 2018 - Anniversary kitorang yang ke-8

Aku & suami celebrate tak celebrate sangat la. Kitorang pergi makan-makan steak kat Fiske Steakhouse je di Keramat, KL.
Gigih la jugak dari Putrajaya ke KL kan. Teringin. Teringat-ingat dia punya beef steak dan sos lada hitam yang super sedap tu. Pekat dan rasa lada hitam tu, perghhh.

Tahun 2015 lagi kitorang mula try makan kat situ. Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka Di Keramat, KL . Terus jatuh cinta.

Malam tadi, kitorang pergi. Sampai sana lebih kurang jam 10.00 malam. Dah memang niat nak makan steak, so aku order mix steak, campur beef, lamb dan chicken. Kebiasaan favourite aku, beef steak jer. Tapi selepas aku cuba try makan mix cowboy steak special di Cowboy SteakHouse Bangi tempoh hari, sedap pulak. Berjangkit. Hihihi.

Humayraa dan Auni pulak,order spageti bolognese dannn mintak kek sebab tahu nak celebrate birthday abah dia. Ye lah tu, padahal korang yang beria nak kek kan. Hahaha.
Restoran ni memang ada jual kek. So kalau nak celebrate birthday last minute plan, boleh terjah je. Tak pening kepala memikior nak cari kek tetengah malam.

Walau dimana dan bagaimanapun kita celebrate tarikh istimewa dalam hidup kita dan orang tersayang, bukan isu besar. Yang penting, bagaimana kita meluangkan masa dan cara kita tunjukkan kasih sayang buat yang tersayang.
Untuk Mr Ady, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-32 dan untuk kita, Happy Anniversary 8th.
Thank you for everything. Thank you sebab jadi suami yang terbaik untuk sayang. (auwwww...suweet sour oiii)
Suami yang baik dan bertanggungjawab. Abah yang penyayang.

Semoga jadi kenangan terindah untuk kita sekeluarga. Semoga Allah memberkati hidup kita dunia dan akhirat. amin. 

You May Also Like

0 comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa