4 September 2018

Cowboy Steak House, Restoran Western Harga Murah di Bangi



Balik kerja memang lapar.
Penat pun ye.
Malas nak masak pun ye.
Bila Mr Ady ajak makan steak ~ jommmmm.
Sedap jugak
Lama dah tak makan steak.
Dia pulak ajak pergi restoran steak kat Keramat.

Jauh tau dari Putrajaya. Memandangkan baru balik kerja, dan hari bekerja ni paham-paham la tahap kesesakan lalulintas kat Kuala Lumpur tu macamana kan, confirm jalan jem teruk. Boleh sawan daku dibuatnya. Dan aku pun penat baru balik kerja, malas la nak berlama-lamaan dalam kereta. Auni pun confirm penat jugak sebab kebiasaanya hari sekolah, dia memang akan tidur awal.
.
Tetiba aku teringat Brian, ex-officemate yang ada buka restoran Western kat Bangi. Terus aku ajulan cadangan bernas aku tu pada Mr Ady.

Kita try steak kat kedai Brian nak?
.
Brian mana? Tanya kita pulak. Takkan dah lupa. Selalu duk ber hai hai lambai tangan bagai pokok kelapa di tepian pantai. Hek eyh.
.
Alaaaa, Brian yang keje sekali BPJ ari tu laa.
.
Ooooo, dia ada restoran ka?
.
Haah. Kat Bangi. Jomm la try.
.
Jommmmm siap!.

Cowboy Steak House, Bangi. Dekat jer dari rumah aku. Dekat tu pun, perlukan Waze jugak.

Jemput jamu mata ye. Sedap dan harga berbaloi-baloi. Aku order Mix Cowboy Steak Special. Campur lamb, chicken dan beef. RM39.90
Untuk anak-anak, aku order meat ball. RM9.90
Strawberry juice. RM5.90
Manggo juice. RM6.90

Nak pergi sana, korang waze jer Cowboy Steak House Bangi.
Ada 1 lagi cawangan Cowboy Steak House di Seremban 2.

Pergi tau. Confirm puas hati.


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa