D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam, Steamboat Sedap & Murah Pilihan Keluarga

by - 14:50


Siapa kaki "steamboat"? Cer angkat kaki tengok, tunjuk bukti. Hahaha.

Aku & Mr Ady penggemar steamboat. Ada lah beberapa tempat kitorang try. Ada yang pergi sekali dan tak pernah dah pergi dan ada yang pergi sekali, pergi lagi berkali-kali.

Bagi aku restoran steamboat yang menarik pelanggan datang berkali-kali ni bergantung pada menu yang disediakan, harga dan keselesaan tempat yang sesuai untuk keluarga.  Nak tahu tak, aku jumpa satu lagi restoran steamboat yang akan buatkan aku dan Mr Ady akan datang lagi dan lagi. Yess, D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam, Selangor. Highly recomended bagi penggemar steamboat. Confirm korang akan puas hati!



Sabtu lepas kitorang ke sini dan bawak kids sekali and of course la si kecik Hafidh. Diorang pun kaki steamboat ~ steamboat aiskrim & mee. Hihihi.

Aku suka decoration dan susunatur restoran ni. Kemas dan teratur. Menunya banyak. Macam-macam ada. Woww wwooow! Sukaaa.



Mr Ady melayan princess dia nak aiskrim


Sebelum mama dan abah dia nak menjamu selera, kena make sure anak-anak dapat diorang punya favourite dulu. Duduk diam-diam kat sini sementara mama dan abah nak meng"explore" menu yang ada. 


Nak tahu apa yang best kat sini? Meh aku story mory. Bagi aku, D'Kayangan Steamboat ni sesuai untuk semua orang. Banyak menu yang boleh kita pilih mengikut citarasa masing-masing. Menu untuk kanak-kanak hinggalah untuk warga emas. Pilih jer. 

Apa menu yang disediakan di D'Kayangan Steamboat ni?
  • 12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
  • 24 jenis Yong Tau Fu. Pilih jer mana yang kita suka.
  • Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek/desert juga disediakan. Humayraa suka sangat la dapat makan kek. 
  • 15 jenis sos disediakan. 
  • 2 pilihan sup iaitu tom yam dan sup ayam. Of course la favourite aku tom yam. Yummilicious!
  • 24 jenis perapan ayam, daging, kambing dan ikan. Sedapnya BBQ. 
Antara sebab kenapa aku sangat-sangat syorkan korang datang sini. 
  • 'Refill' soup unlimited tau! Tak cukup, mintak. Aku suka hirup tom yam. Jadi kuahnya selalu la cepat habis. Hihi
  • Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam restoran atau kat luar.
  • Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga. Nak gathering kat sini, sangatlah sesuai
  • Ruang parking berlambak, so tak susah hati nak kene berebut atau tunggu parking kosong.
  • Kemudahan Surau yang sangat selesa juga disediakan dalam restoran.
Paling best, tang harga yang bombastik, tak berubah-ubah. Sentiasa murah dulu, kini dan selamanya.

RM 29.90nett - Dewasa
RM 12.50nett - Kanak-kanak 
(5-11 tahun)

pelbagai jenis Yong Tau Fu


pelbagai menu perapan untuk BBQ

Seafood segar

Sos
Menu lain seperti nasi lemak, spageti, mee kari, nasi goreng dan bihun goreng ada jugak.




Nasi Lemak
Nasi & Bihun Goreng


Bagi korang yang suka dessert, banyak pilihan yang ada. Kek, ABC, dan buah-buahan segar.



Jom makan ABC



Amacam? Best kan ber"steamboat" kat D'Kayangan Steamboat Shah Alam ni. Bawak orang kampung datang makan sini. Meriah.
Kita boleh duduk kat dalam atau luar. Kalau nak melepak atau together gether dengan kawan pon boleh datang sini. Mana tahu korang nak buat reunion ke, sini lah tempat yang sesuai. Semua kemudahan lengkap. Surau ada. Parking pun senang. Harga berbaloi-baloi. Dengan harga yang D'Kayangan Steamboat offer tu, puas makan. Unlimited time tau. Korang nak makan sampai kedai tutup pun boleh. Hihihi. 

Oh ye, D'Kayangan Steamboat beroperasi mula pada jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi.



Kalau korang nak pergi, ini alamatnya;

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)

Waktu Operasi;
5.00 petang - 1.00 pagi
Buka setiap hari termasuk Sabtu & Ahad.

Kalau nak datang ramai, aku rasa lebih baik buat tempahan dulu. Masa aku pergi Sabtu baru ni, banyak meja dah reserve untuk customer. So kalau korang nak pilih meja yang selesa terutama untuk datang beramai-ramai, buat jer tempahan. 
Korang boleh buat tempahan melalui Whatsapp ke nombor kat bawah ni.


ATAU;


Info lanjut, korang boleh jenguk Instagram dan Facebook Page D'Kayangan Steamboat.


Hashtag :
#dkayangansteamboat
#dkayangan
#steamboatshahalam
#shahalamsteamboat


Kaki steamboat...hehe


You May Also Like

0 comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa