Grooming Workshop 1.1 - Bengkel Kecantikan & Personaliti Wanita Moden

by - 19:08


Grooming Workshop 1.1 - Bengkel Kecantikan & Personaliti Wanita Moden | Ini adalah projek terbaru team aku. Dan terbuka kepada semua wanita dan mereka yang berminat. Workshop ini kiranya adalah julung kali diadakan selepas penubuhan Doozy Beauty pada awal tahun 2018. Bawah grup Doozy Beauty ni, banyak lagi aktiviti yang akan diadakan selepas ni.  Grooming Workshop 1.0 adalah permulaan. 

Workshop ni telah pun diadakan pada 1 September 2018 yang lepas di Sunway Geo, Bandar Sunway, Selangor.

Workshop ini terbahagi kepada dua; Kelas Mekap & juga Kelas Imej.

Bersama MUA Shalika Maamor
Kelas mekap ni kita jemput khas Make Up Artist (MUA) yang femes juga dikalangan selebriti iaitu Shalika Maamor dan untuk kelas imej pula diterajui oleh Personal Image Consultant, Tuan Maleq Ismail. 

Bersama Personal Image Consultant Tuan Maleq Ismail


Ini jer gajet mekap aku. Almaklumlah, amatur. Bawak yang mana aku biasa pakai jer. Sepanjang kelas mekap, Cikgu Shalika aka Cika buat demo pada Wani. So kami ikut step by step ikut apa yang Cika tunjukkan. 






Hasil mekap, simple jer. Tak ada bulu mata pelesu. Haromm. Hahaha


Selepas habis mekap, sesi bergambar pulak. Ye lah, muka dah lawo mekap kan. We olls teruja nak bergambor. Ada antara kitorang ni tak pernah pakai mekap pun tau. Tapi nak belajar jugak. Alaaa mekap biasa biasa jer. As long as tahu cara pakai concealer, primer, blusher, lipstik. Bulu mata tu kitorang memang elakkan. Terima kasih Cika sebab ajar kitorang mekap.

Antara ilmu baru yang kami belajar hari tu;

● Wajah

▪ Mula-mula kene prep muka dengan betul sebelum apply mekap supaya mekap cantik dan tahan lama.
▪ Gunakan Youth Toner dan sapu ke seluruh wajah. Kemudian, gunakan YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50
Spray seluruh wajah dengan setting spray
▪ Next letak primer. Cika suggest brand Laura Mercier.
Ratakan pakai tangan.

● Kening

Lukis ikut garis kening. Framekan. Then berus, ratakan dengan berus ke dalam kening.
Next, apply concealer untuk padam segala cela dan tap tap dengan beauty blender.

▪ seterusnya letak foundation, blend dengan beauty blender. Jangan lupa letak sekali tepi rahang.

● Bawah Mata

Untuk bawah mata guna corrector oren brand Kryolan atau brand lain yang sesuai dengan kulit.  Dap guna tangan lepas tu blend dengan beauty blender.

▪ Then letak concealer,  lepas tu guna beauty blender. Concealer kena warna lebih cerah.

Kawasan dahi ke hidung dagu bawah mata. Blend dengan beaty blender.

▪ Lepas tu spray muka

▪ Lepas tu letak translucent loose powder pada area yang letak concealer tadi.

▪ Then Shading. Shading pada Tulang pipi dan line tepi telinga turun kebawah. Jawline.

Nak dagu panjang buat U Bawah dagu.

▪ Lepas tu letak eye primer. Letak warna paling cerah semua kelopak. Buat bentuk D terbalik kat kelopak - guna warna gelap matte

▪ Kat bahagian tengah mata yang terang tadi tu boleh letak shimmer.

▪ lepas tu boleh pakai mascara.

▪ Blusher pada tulang pipi jangan dilupa
▪ Lipstik
▪ Highlighter

Tips : Beauty Blender bagi kembang dulu. Caranya, basuh dengan air lepas tu perah sekering yang boleh. Then bole dap dap dah.

Kelas mekap habis agak lambat. Drag sampai jam 2 petang. Lepas tu ada kelas imej pulak. Cepat-cepat makan dan solat Zuhur. Lebih kurang 2.45 -3.00 petang, mula kelas imej by Tuan Maleq Ismail.



Masing-masing khusyuk belajar tentang imej. Ilmu baru. 

Antara topik yang dikongsikan oleh Tuan Maleq. 
Selain itu banyakk lagi ilmu tentang imej yang kami belajar pada hari tu. Workshop berakhir pada jam 6.00 petang. 

Untuk Grooming Workshop ni, kami sangat alu-alukan anda untuk join bersama kami. Next Grooming Workshop 1.2, kami akan adakan pada 14 Oktober 2018, Ahad di lokasi yang sama, Sunway Geo Bandar Sunway, Selangor.

Kalau korang berminat nak join, jangan malu malu meow WhatsApp aku ke 011-1051 1606. 

You May Also Like

0 comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa