Inner Lembut Dan Selesa Untuk Auni Pakai Pergi Sekolah

by - 19:56



Inner gebu ni mama belikan untuk Auni. Order online.
Gantikan terbus legend yang mama beli 5 helai sebelum ni.

Ni pun try satu dulu. Nak cuba. Takut jugak kalau beli banyak kang, rupanya sama je macam dulu-dulu punya. Membazir duit aku jer.

Sebelum ni kalau beli inner, selalunya pakai sekali lepas tu buat pekasam. Tak selesa pakai. Paling tak best, sakit telinga. Telinga jadi pekak sementara tu biasa sangat dah. Orang depan kau bersembang pun tak dengar. Apakes?
Kain keras kejung boleh buat kain lap lantai pulak tu. Tensen betul tau.

Frust punya pasal, terbus legend jugak la yang aku cari jugak. Lagi selesa kot. Lagi murah. Walaupun selalu kene beli sebab makin lama makin longgar. Tak pun, koyak. Hahaha.

Tapi dengan inner #Magicap by Ratna Sari Zain ni serius best giler.

Bila parcel sampai, Auni yang tolong bukak. Dia yang pegang dulu dan rasa.

"Best nya mama. Lembut nya kain dia..." (budak pun tahu beza kain sedap ngan tak..haha)" ~ katanya si Auni.

Semalam dia pakai pergi sekolah. Aku tanya dia, ok tak pakai "terbus" baru?

"Best mama. Selesa. Auni nak pakai yang ni sampai bila-bila tau mama."
.
Hahaha. Itu lah ayat dia kalau suka sesuatu benda.
"Ok, nanti mama belikan lagi untuk kakak dan mama sekali. Mama pun nak try gak".
.
#Magicap memang terbaik lah. Konpem lah cerita yang digembar gembur kat fesbuk sebelum ni pasal #Magicap gebus ni BETUL & BENAR belaka.
.
Sekarang kan style orang pakai tudung nampak inner. Kalau korang nak try inner best, cari lah founder #magicap gebus, cik puan madam Ratna kita. Heheh.
.
Konpem tak menyesal. Konpem korang akan repeat order dan buat koleksi. Ada macam-macam warna.

Ada 2 saiz;
Saiz kanak-kanak : RM11
Saiz dewasa : RM12
(tidak termasuk kos penghantaran)

Apa yang BEST sangat dengan sekop magic ni? 🙌 .

√ Fabrik tidak licin. KEMAS di dahi (tak gerak)
√ Dijahit panjang. Sanggul @ rambut tidak terkeluar.
√ Ofkos sangat LEMBUT ditelinga
√ Tidak kembang bila pakai lama
√ Kain soft cotton premiun (1st gred)
√ Fabrik jenis memeri anjal
√ Jenis sangat TAHAN lasak
√ Jahitan premium dengan kasih sayang

"sangat lembut ditelinga, sangat nyaman dikepala" 💕

Amat sesuai digayakan dengan semua jenis tudung.



Review ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam tau. Bila hati sudah suka. Hihihi. 💗

Oh ye, nak order inner lembut dan selesa ni korang boleh wasap Ratna Sari Zain kat nombor ni ~ 011-3614 3903

You May Also Like

0 comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa