Wishlist 2019

By Mashitah Mamat - 20:43

Tahun 2019 ni ada benda yang aku nak. InsyaAllah aku akan usahakan untuk dapatkan dan tunaikan wishlist aku ni. Hanya Yang Maha Esa yang mampu tunaikan. 

Ya Allah, jika semua wishlist aku ni terbaik buat aku, Kau tunaikanlah pada tahun 2019 ini. 

Wish 1. Komputer peribadi DELL

Selama ni aku buat kerja-kerja tempahan blog, blogging dan sebagainya menggunakan laptop yang aku beli masa sambung belajar part time Degree di UTM SPACE. So aku guna laptop tu lah sampai sekarang. Last month, laptop rosak pulak. Skrin tak boleh ON. Bila hantar kedai, katanya mother board rosak. Kalau nak repair pun dalam RM200-RM300. Tetiba terfikir, kan bagus kalau ada pc. Lagi laju la kerja aku. Auni pun boleh guna untuk belajar menggunakan komputer. I wish, aku dapat set komputer jenama DELL. Dah survey. Kumpul bajet dulu. Hihihi.

sekadar gambar hiasan



Wish 2. Bawak anak-anak pergi Legoland & Hello Kitty Town di Johor Bahru. 

Semoga hajat anak-anak nak ke Legoland dan Hello Kitty Town ni tercapai tahun ni. Setelah aku buat kira-kira, bajet lebih kurang RM2000-RM3000. Fuhhh! Aku nak bawak mak dan ayah aku sekali. Eh sorang lagi. Adik bongsu aku pun mestilah ikut jugak. 

Wish 3. SOHO baru.

Make over SOHO supaya bisnes lebih sukses dan teratur. Misi mengejar title Master Coordinator Shaklee dengan income RM50,000 sebulan kan,  maka haruslah ada office yang lebih proper. Ye dak. Hihihi. 

sumber gambar : pinterest

Wish 4. Study table untuk Auni & Humayraa

Auni dah masuk darjah 2. Humayraa pulak dah 5 tahun. Tak ada tempat belajar yang proper untuk dorang, terutamanya Auni. Simple sahaja untuk bilik dorang ni sebab saiz bilik pun sangat kecik. Duduk menyewa di kuarters kerajaan kan. Belum ada rumah sendiri kat Putrajaya ni. Hehehe. 

Sumber gambar : pinterest

Wish 5. Handphone Huawei P20 Pro Pink Gold RM2799

Gambar : google


Wish 6. Homestay 

Rumah aku kat Bertam, Penang tu nak sewakan. Tapi pengalaman aku sebelum ni dengan penyewa, buatkan aku takut pulak nak sewakan kat orang. Tapi kalau ada orang baik hati yang nak sewa, aku ok jer. Kalau tak ada orang nak sewa, aku nak deco rumah tu dan buat homestay. Aku dan family pun boleh lepak rumah sendiri bila balik kampung. 

Berangan nak deco dengan furniture dari IKEA. Dengar cerita, IKEA Penang dah nak bukak. Tak pasti la bila. Tapi tak apa. Kota tunggu IKEA Penang bukak kat Batu Kawan tu. So tak perlu lagi bazirkan duit transport dari KL ke Penang. Hahaha. 

Gambar dari website IKEA Malaysia ni, panduan sahaja. Tak semestinya sama. Lebih kurang la.

Cukuplah dulu untuk tahun 2019 ni. Dapat 6 ni,   sujud syukur dah. Alhamdulillah. 

Apa wishlist korang untuk tahun ni? 

Aku doakan semua wishlist korang tercapai. Amin. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa