Persediaan Bercuti Ke Kota Kinabalu & Kundasang, SABAH

By Mashitah Mamat - 11:27


Pertama kali aku jejakkan kaki di Kota Kinabalu Sabah, tahun 2013. Aku suka Sabah sebab makanan laut fresh dan sangat murah. Sempat jugak berjemur kat Pulau Manukan. Air laut dia yang biru tu cantik sangat. Selain Kota Kinabalu, aku teringin nak pergi Kundasang. Tempat bercuti yang dah lama ada dalam wishlist aku. Macam New Zealand. Cantik. Tapi tak berkesempatan dek kekangan masa. Ye lah, bila aku tak sibuk, anak sekolah. Bila anak cuti sekolah, aku pulak sibuk. Acaner tu?

Jadi, aku ada survey dan baca story mory trip mereka yang pernah pergi Kundasang, sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan aku. Aku dah tahu ke mana nak tuju dan tips yang dorang kongsi tu, berguna untuk aku dan family nanti bila ke Kundasang. Arghhh tak sabar!

Bagi aku, Negeri Di Bawah Bayu Kota Kinabalu ialah salah satu tempat yang wajib korang travel dalam hidup korang. Kat sana ada banyak tempat yang best korang boleh pergi and korang boleh experience bermacam jenis budaya di sana.

TEMPAHAN FLIGHT MURAH & BERBALOI-BALOI

Kalau korang dari Semenanjung korang boleh cari cheap Malindo promotions sekarang ni sebab kos nak travel makin lama makin rendah kalau korang dapat cari promotions atau book awal. Sebaik-baiknya, pilih flight paling awal yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) sebabnya korang mungkin perlukan masa yang lebih panjang untuk urusan dengan pihak Imigresen semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Kalau boleh kena bergerak pantas sepantas lipas kudung untuk jimatkan masa. Maklumlah kat Sabah ni, cepat gelap. Kau solat Subuh pukul 6.00 pagi tu dah Subuh gajah tau. Hahaha! Bukan apa, nanti kalau banyak buang masa, tak sempat pulak nak pergi ke tempat-tempat menarik yang ada di Kota Kinabalu dan Kundasang nanti. Selesai urusan dengan pihak Imigresen, dah dapatkan semua luggage, korang boleh terus dapatkan kereta sewa dari mereka. Tempah kereta sewa lebih awal bagi memastikan kenderaan yang korang mahukan belum diambil orang.

KHIDMAT TOUR GUIDE ATAU PANDU SENDIRI?

Mana satu yang lebih baik? Ambik pakej kereta sewa pandu sendiri atau pakej bersama tour guide yang bakal membawa pelancong melawat destinasi percutian di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang?

Pada aku, kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri. Jika korang yakin, korang tak akan sesat, korang tahu tempat mana yang ingin dikunjungi dulu, maka bolehlah sewa kereta dan pandu sendiri. Sebaliknya, jika korang inginkan seseorang yang dapat membawa korang ke tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu dan Kundasang dengan selamat, tak perlu risau akan sesat dan dapat singgah ke tempat-tempat manarik yang lainnya, maka bolehlah dapatkan khidmat tour guide. Selepas korang dapat kenderaan korang, aku sarankan korang terus mulakan perjalanan ke Kundasang.

RUMAH TERBALIK , THE UPSIDE DOWN HOUSE OF BORNEO

Dalam perjalanan nak ke Kundasang, boleh singgah dulu ke Rumah Terbalik , The Upside Down House of Borneo ini. Rumah terbalik ini letaknya di laluan yang sama untuk ke Kundasang. Jadi, sebelum kita sampai ke Kundasang, kita singgah dulu ke tempat ini. Pengunjung tak dibenarkan untuk bergambar di bahagian dalam rumah terbalik ini. Namun kalau cuma nak bergambar di luar kawasan rumah, tidak ada sebarang larangan. Selfie wefie lah korang sepuas hati. Dari segi susun atur, di bahagian dalam rumah terbalik ini, segala-galanya adalah terbalik. Datanglah ke sini dan lihat sendiri keunikkan tempat ini. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang, jangan lupa beli cenderahati di sini tau. Buat kenang-kenangan.





Credit : riverbug.asia


PERJALANAN KE KUNDASANG

Selesai aktiviti di Rumah Terbalik , The Upside Down House of Borneo ni, lebih kurang 2 jam, boleh teruskan perjalanan ke Kundasang pula. Sepanjang jalan nak ke Kundasang, korang akan temui banyak gereja dibina di tepi-tepi jalan. Pastikan korang telah isi minyak full tank tau sebelum nak teruskan perjalanan ya. Lagi satu, untuk pengetahuan korang, korang akan melalui kawasan pergunungan dan tanah tinggi untuk sampai ke Kundasang. Sila pandu dengan cermat dan berhat-hati. Kalau boleh, jangan terlalu lewat nak pergi ke Kundasang sebabnya sekitar jam 5 petang, keadaan dah mula gelap dan berkabus. Ini satu lagi tips bercuti ke Kundasang yang korang perlu ambil perhatian ya. Untuk keselamatan korang juga. Sabah juga memiliki kawasan perairan yang cukup cantik dan sesuai untuk aktiviti pelancongan. Destinasi pulau yang cukup popular adalah Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik.


Pulau Mamutik


Pulau Manukan


Pulau Sapi 

Credit : pulaupulausabah.blogspot

Ada bot khas yang akan bawa korang ke pulau-pulau ini. Aktiviti melawat pulau-pulau ini biasanya mengambil masa setengah hari. Apabila berada disana, aktiviti adalah bebas. Korang boleh mandi-manda, buat snorkeling atau sekadar lepak-lepak dan ambil gambar sahaja. Sebaik-baiknya, lebih baik keluar awal dan siap sedia di jeti. Korang nak mandi laut yang jernih ni tapi tak tau berenang? Jangan risau, sebabnya korang boleh sewa jaket keselamatan apabila berada di sini. Selesai aktiviti di pulau, mungkin korang boleh balik ke homestay sekejap dan bersih-bersihkan apa yang patut. Lepas berehat sekejap, boleh teruskan perjalanan melawat ke sekitar kawasan Kota Kinabalu. Jangan lupa untuk singgah ke Masjid Terapung Likas untuk solat Zohor dan Asar. Ya, korang boleh buat Jamak Qasar.




Credit : flickr.com 

Disebelah petang, korang boleh jalan-jalan dan ambil gambar di sekitar Todak Waterfront ini. Di Pantai Tanjung Aru ini, sesuai untuk korang luangkan masa untuk melihat suasana matahari terbenam. Disini adalah salah satu tempat terbaik untuk korang melihat kawasan sekitar Kota Kinabalu!




So nak tunggu apa lagi, cepat bukak internet sekarang dan book flights to Kota Kinabalu secepat mungkin! Perkara paling penting tu.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa