Gunting Rambut Muhamad Hafidh Kat Kedai Gunting Rambut SAM Presint 9, Putrajaya

By Mashitah Mamat - 09:00

Kali terakhir Mr Ady cukur rambut Muhamad Hafidh ni masa dia umur 3 bulan. Start aku masuk kerja selepas habis 90 hari cuti bersalin sampai la semalam, baru nak gunting rambut dia. Dah panjang berjela. Boleh simpul simpul buat tocang. Selalu cakap kat Hafidh, rambut awak dah cecah telinga ha. Orang lelaki tak boleh rambut panjang tau.

Abah dia pulak dari sehari ke sehari cakap nak guntingkan rambut Hafidh. Sudahnya, nan hado.
Rupanya abah tunggu nak bawak ke barber shop. Katanya tak berani nak potong sendiri, takut Hafidh tak duduk diam. Kang lain pulak jadinya.

Malam tadi pergi la ke kedai gunting rambut SAM ni di Presint 9. Kalau orang Putrajaya, sebut je flat hijau, mesti tahu. Tapi flat tu dah bertukor warna. Bukan warna hijau lagi dah. Tapi still kekal nama flat hijau atau nama sebenar dia Pangsapuri Putra Harmoni. Kat area shop lot flat hijau ni lah terletaknya kedai gunting rambut SAM. Tingkat atas.



Encik gunting rambut kat kedai gunting rambut SAM ni orang Melayu dan aku agak dia orang Kelantan sebab cara dia cakap dengan bahasa standard tapi slang Kelate detected. So aku agak dia orang Kelantan dan of course la aku pun 'tubik loghat Kelate' jugak. Hahaha.

Sekapal orang kata.





Masa kitorang sampai, ada satu family yang tengah tunggu anak dorang gunting rambut.

Jadi kitorang tunggu la sekejap kat ruang mrnunggu. Sampai turn Hafidh, Mr Ady ribakan Hafidh dan duduk sekali kat kerusi. Ye lah, takut dia nangis meraung ke apa kan, drama tangisan air mata.

Tapi Alhamdulillah syukur. Diam je Hafidh bila rambut kena gunting. Tak berbunyi langsung. Kepala tu je tak leh statik. Terteleng kiri kanan.




Kakak kakak pulak super excited tengok adik kena guntimg rambut.

Mama? Jadi photographer tak bertauliah.








Aku suka suasana dalam kedai ni. Bersih dan tak kuat sangat bau macam sesetengah saloon. Tau kan bau camna? Seksa hidung aku nak bernafas. Hihi.

Haa ni bila dah siap.




Hasil selepas potong rambut. Tapi ini gambar seminggu selepas. Gambar sejurus selepas potong rambut, mama lupa snap sebab mama excited dengan muslimah saloon yang ada depan kedai gunting rambut SAM ni. 

Tapi tutup pulak dah.

Aku tanya encik tadi, saloon ni buka ke? (Dialek Kelate of course. Haha)

Jawapan dia buatkan aku frust la sikit.

"Ada saloon tu. Tapi sekarang ni tutup sebab tak ada tukang gunting."

Oloh. Baru je nak happy sebab dah terbayang rambut aku cantik ala ala Aishwarya Rai. Kekonon nak potong dan buat treatment rambut la.

Tapi tak pe. Nombor telefon pun ada tu. Nanti follow up semula.



Harga servis pun not bad. Harga mampu bayar. Gunting rambut Hafidh tadi tu pun murah je, RM6.00

Recomended la kedai ni untuk ibu bapa yang nak bawak anak potong rambut. Sebelum ni Mr Ady pernah bawak Humayraa potong rambut kat saloon di Cheras. Potong bagi elok je sebab Humayraa dah kerjakan rambut dia sendiri sebelum tu. Tu pun kena RM15.

Kalau boleh jimat, kenapa perlu bayar lebih? Hahaha.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa