ABOUT ME


Hai, Assalamualaikum!

Hai, nama aku Syitah. Nama sebenar aku pendek je. Mashitah binti Mamat. Boleh panggil aku Syitah jer. Kawan-kawan rapat panggil aku Cheetah. Hihi. Dilahirkan di Kg Sura Tengah, Dungun, Terengganu pada 16 Jun 1982, hari Rabu jam 1.30am.

Seorang isteri, mama, anak perempuan, kakak sulung kepada 7 orang adik. Mempunyai 2 orang anak perempuan bernama Nur Hadfina Auni dan Nur Humayraa Nadra dan seorang anak lelaki bernama Muhamad Hafidh.

Aku start berblog ni pada tahun 2009. Masa tu belajar sendiri cara buat blog sebab nak berniaga kat blog. Alkisahnya start daripada housemate aku lah yang meniaga kain sutera kat blog. Aku pun try lah godek-godek sendiri. Sampailah sekarang aku boleh tolong sesiapa yang berminat nak mula ada blog, nak tempah blog, aku terima tempahan dengan harga serendah RM100. (eh ter promot pulak).

DIARI
Kat blog ni aku kongsi macam-macam story pasal diri sendiri dan keluarga.  Tak lah serius pada awalnya. Hanya niat nak mengabadikan memori di blog untuk tatapan kaum keluarga.

TRAVEL
Aku suka travel. Suka berjalan dan tengok tempat orang.

KECANTIKAN
Aku suka jugak bidang kecantikan walaupun bukan pakar. Hanya untuk kepuasan diri sendiri dan suka berkongsi dengan sesiapa sahaja yang sama minat dengan aku.

GOMEN SERVANT
Aku ada kerjaya tetap. Kakitangan kerajaan. Biashe-biashe jer. Bukan pegawai pangkat tinggi pun. Hihi.

BISNES SIDE INCOME
Waktu siang aku jadi pekerja. Makan gaji.
Waktu malam aku bertukau jadi boss. Boss kepada bisnes Shaklee aku. Hahaha.

PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA & CYBERJAYA, MALAYSIA
Sejak tahun 2012 lagi aku dah serius bisnes Shaklee. Maksudnya aku coba-coba lah jual vitamin dan suplemen. Kebetulan bisnes tudung yang aku buat sebelum kahwin, tak berjaya. Jadi aku stop. Dan try buat bisnes Shaklee sampailah sekarang.

Selain sekadar menjual produk kesihatan dan kecantikan Shaklee, aku juga turunkan ilmu bisnes kepada team #MCSTARZ aku.  Kebanyakannya isteri yang bekerja yang berimpian nak berhenti kerja fokus membesarkan anak-anak sendiri tapi ada income bulanan.

Oleh sebab aku suka travel, bisnes Shaklee ni juga BATU LONCATAN untuk aku merealisasikan hobi aku yang kaki travel sebab Shaklee boleh bagi aku free trip setiap tahun. Alhamdulillah.

Di waktu lapang, aku suka deco rumah, deco planner, berkebun dan menghabiskan masa dengan family tersayang, kawan-kawan dan juga my Shaklee business partner.

Semoga info yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda yang singgah ke WWW.MASHITAHMMAMAT.COM

Terima Kasih.

Love,
Mashitah Mamat


0 Comments